Sunday, February 28, 2010

Mengapa Anda Perlu Menambah Ketinggian?

Mengapa Anda Perlu Menambah Ketinggian?

Bagi sesetengah orang, ketinggian tidak dianggap begitu penting atau langsung tidak mereka hiraukan. Barangkali mereka telah mencapai ketinggian badan yang mencukupi atau bahkan lebih tinggi berbanding dengan orang yang di sekitar mereka dan mereka tidak pernah merasai perasaan menjadi orang yang bertubuh rendah.

Kajian membuktikan bahawa individu yang bertubuh rendah kurang berpeluang menjalin hubungan romantis, mempunyai bilangan anak yang kecil, dan pada amnya menerima gaji yang rendah. Mereka juga sukar mencari fesyen pakaian dewasa. Wanita yang bertubuh rendah sering berkata mereka tidak dipandang serius berbanding rakan mereka yang lebih tinggi. Individu yang bertubuh rendah wajar menerima hak dan keistimewaan sebagaimana yang dinikmati individu lain. Kami berharap dapat membantu anda dalam hal ini.


Kajian Juga Menunjukkan:

Tubuh yang tinggi membuatkan seseorang itu kelihatan lebih berwibawa, anggun serta berketrampilan.

Pelbagai jenis profesion (spt juruterbang, pramugari, tentera, polis, wartawan, model, artis, atlet olahraga tertentu, dll) mensyaratkan ketinggian badan yang minimum pada tahap tertentu. Tubuh badan yang rendah mempunyai peluang yang agak kecil dalam memilih pekerjaan.

Lelaki bertubuh tinggi lebih mudah mendapatkan penghormatan & perhatian oleh wanita atau lelaki lain.

Seorang yang bertubuh tinggi akan kelihatan lebih dewasa. Si adik yang bertubuh lebih tinggi dari kakaknya sering dianggap sebagai kakak.

Dan banyak kelebihan yang lain bagi orang yang memiliki ketinggian yang ideal.

Mungkin Anda sering tertanya-tanya, adakah ketinggian tubuh badan anda ketika ini bersesuaian dengan berat badan anda? Apakah anda ketika ini berharap untuk memiliki tubuh badan yang tinggi serta ideal? Pastinya ada banyak kemudahan-kemudahan akan anda perolehi, baik dari segi pekerjaan, percintaan & masa depan yang lebih cerah dan bahagia.

No comments:

Post a Comment