Sunday, February 28, 2010

Kaedah Untuk Menambah Ketinggian - Kaedah Bukan Semulajadi

1. Kaedah Bukan Semulajadi

Penggunaan Ubat-Ubatan Kimia

Ketika ini terdapat banyak di pasaran pelbagai jenis hormon, ubat-ubatan atau suplemen makanan tertentu yang dipanggil hormon ketinggian yang didakwa dapat membantu menambah ketinggian badan. Kebiasaannya ia juga disebut dengan istilah HGH Booster, HGH Enhancer, Growth Enhancer, Growth Booster dan sebagainya yang menjanjikan hasil-hasil yang begitu menakjubkan.

Ia mungkin dapat membantu anda bagi mendorong perembesan hormon ketinggian, tetapi dorongan terlalu cepat boleh membantutkan proses ketinggian di kemudian hari nanti. Ia belum tentu berhasil bahkan risikonya sangat tinggi. Ia juga boleh mengakibatkan pelbagai kesan berbahaya terhadap kesihatan disamping akan menimbulkan pelbagai masalah seperti kegagalan fungsi pada jantung, ginjal, hati dan organ tubuh yang lain kerana cara kerja ubat-ubatan kimia tersebut adalah dengan "memaksa" tubuh untuk mengeluarkan hormon ketinggian dengan lebih banyak. Selain itu, tubuh badan anda akan berasimilasi dengan ubat-ubatan tersebut dan seterusnya akan menolak untuk menghasilkan hormon ketinggian secara semulajadi setelah anda berhenti mengambilnya.

Seorang pengguna telah melahirkan kekecewaannya terhadap ubat-ubatan semacam itu. Tubuhnya tidak bertambah tinggi namun tulang tangannya pula yang semakin membesar. Sudah tentu anda tidak ingin mengalami hal sebegitu rupa bukan?

Pembedahan Pemanjangan Tulang

Pembedahan pemanjangan tulang adalah kaedah tidak semulajadi dalam usaha menambah ketinggian badan manusia. Pemanjangan tulang untuk tujuan menambahkan ketinggian (bersifat kosmetik) masih merupakan suatu indikasi yang baru dan menjadi topik perbincangan di kalangan pakar ortopedik.

Kaedah pembedahan sedia ada termasuklah teknik Ilizarov, penetap luaran monoplanar, perenggang kinetik rangka intramedula (dalam sumsum tulang) atau ringkasnya ISKD dan, pembedahan Fitbone. Teknik Ilizarov mula diperkenalkan dan diterajui di Wilayah Kurgan, Siberia di Rusia pada tahun 1951 oleh Dr. Gavril Abramovich Ilizarov dan hanya berkembang luas ke negara-negara barat pada tahun 1981.

Teknik Ilizarov ataupun dikenali juga dengan nama teknik penetap cecincin menggunakan sistem cecincin dan wayar yang dipasangkan pada tulang yang menjalani proses pemanjangan secara beransur-ansur iaitu dikenali juga sebagai proses peregangan osteogenesis..

Walaupun pembedahan pemanjangan tulang dapat menambah beberapa centimeter panjang tulang kaki, namun setiap centimeter memerlukan masa penyembuhan yang sangat lama. Ia memang dapat mengatasi masalah kependekan tulang, walau bagaimanapun proses rawatan memakan masa dan perlu dijalankan dengan rapi untuk mengesan atau mengelakkan komplikasi yang mungkin timbul.

Semasa proses penyembuhan, pesakit akan mengalami kesakitan pada tulang kaki, gatal-gatal kulit, radang sekitar lubang pinhole (skru yang ditanam pada kaki). Bahkan pesakit akan sering mendapat pelbagai komplikasi seperti bentuk tulang yang berubah menjadi tidak normal, tulang kering berubah bentuk, sendi terkehel, sendi terasa kaku, kecederaan pada sendi dan otot-otot kaki terasa sakit. Adapun kos yang diperlukan untuk pembedahan pemanjangan tulang adalah sekitar USD$9,700 jika ia dilakukan di China. Jika pembedahan dilakukan di Eropah atau Amerika Syarikat, maka kosnya jauh lebih mahal lagi.

Keghairahan untuk memanjangkan tulang telah disalah guna oleh klinik-klinik kecil yang mahu mengaut keuntungan lebih apabila menawarkan pembedahan itu di bawah label kosmetik. Oleh itu, kerajaan beberapa buah negara telah mengharamkan pembedahan seumpama itu kecuali atas alasan rawatan kerosakan tulang atau kaki tangan yang tidak rata disebabkan oleh kecederaan, tumor/ketumbuhan dan lain-lain kecacatan.

Dan perlu diingat bahawa dalam ajaran setiap agama, mengubah ciptaan Tuhan adalah dilarang sama sekali. Kesempatan yang baik bagi anda untuk mengoptimumkan ketinggian tubuh badan anda secara semulajadi, bukan dengan ubat-ubatan kimia, dan bukan juga melalui pembedahan pemanjangan tulang yang berbahaya.

No comments:

Post a Comment