Sunday, February 28, 2010

Baca Seterusnya Untuk Mengetahui Bagaimana Hi-Up Health & Height Increase Device Berfungsi Dengan Berkesan

Baca Seterusnya Untuk Mengetahui Bagaimana Hi-Up Health & Height Increase Device Berfungsi Dengan Berkesan

Menggalakkan Peningkatan Hormon Pertumbuhan
Hi-Up Health & Height Increase Device direka dengan komputer berdasarkan konsep Kejuruteraan Manusia (Human Engineering). Ianya merangsang titik saraf di tapak kaki anda. Rangsangan ke atas kelenjar pituitari menyebabkan peningkatan rembesan hormon pertumbuhan. Peningkatan hormon pertumbuhan bermakna tumbesaran bahagian vertebra dan tetulang anggota bawah badan bertambah dengan lebih hebat. Tapi ingat, sekiranya anda lebih muda, kebarangkalian ketinggian anda meningkat adalah lebih tinggi.

Pemanjangan Tulang Belakang
Kajian saintifik secara intensif dan ujikaji selama lebih satu dekad membuktikan kebanyakan orang muda masih berupaya meningkatkan ketinggian mereka walaupun setelah tetulang bercantum. Ukuran tulang belakang bahagian atas badan juga menyumbang kepada ketinggian individu (lebih kurang 35% jumlah ketinggian).

Tulang belakang manusia terbina daripada 33 segmen yang dipanggil vertebra yang disambung dengan ligamen (tisu serat yang tahan lasak). Hanya 9 vertebra dari jumlah 33 ini bercantum menjadi dua bahagian tulang yang statik, iaitu sacrum dan coccyx, yang membentuk bahagian belakang pinggul. Kesemua 24 vertebra yang lain boleh bergerak dan tidak akan bercantum seumur hidup. 24 vertebra tersebut termasuk 7 dibahagian leher, 12 dibahagian dada, dan 5 dibahagian pinggang.

Setiap verterbra tersebut diasingkan oleh pengalas yang dinamakan cakera rawan. Ketebalan cakera rawan menentukan ukuran tulang belakang dan seterusnya tahap ketinggian sesorang individu. Terdapat 25 cakera rawan yang mana jumlah ukurannya menyumbang kepada 25% ketinggian anda.

Oleh sebab cakera tersebut merupakan rawan yang tidak bercantum, ianya kian menebal dengan rangsangan hormon tumbesaran dalam jangka hayat seseorang individu. Semakin tebal cakera tersebut, semakin panjang tulang belakang anda dan semakin bertambah ketinggian anda. Bayangkan: sekiranya setiap cakera menebal sebanyak 0.25cm (0.1 inci) ini bermakna anda masih boleh mencapai ketinggian 0.25 cm x 25 cakera = 6.25 cm (2.5 inci)!

Tumbesaran Rawan Artikular (Bahagian Kaki)
Walaupun kebanyakan tetulang anda tidak lagi membesar, bahagian rawan artikular yang menyambungkan tulang-tulang dalam badan masih boleh menebal. Kedua-dua bahagian bawah tulang Femur (hujung tulang peha berdekatan lutut) dan bahagian atas tulang Tibia (pangkal tulang kering berdekatan lutut) masih boleh bertambah antara 0.5 - 1 inci. Ini boleh meningkatkan ketinggian bahagian bawah badan anda sebanyak 1 - 2 inci.

Peningkatan Kesihatan Keseluruhan
Selain memberikan anda ketinggian tambahan, Hi-Up Health & Height Increase Device juga terbukti melancarkan sistem peredaran darah dan penghadaman, meningkatkan kadar metabolisma, mengurangkan keletihan, melambatkan proses penuaan, melicinkan pernafasan dan menggalakan kesihatan keseluruhan. Tambahkan ketinggian dan tingkatkan kesihatan anda pada masa yang sama!

No comments:

Post a Comment